Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada anda sebagai tetamu yang kami hormati kerana sudi meluangkan masa ke halaman web Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka ( JPSM ).JPSM adalah singkatan nama bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka, salah satu diantara Jabatan dibawah Kerajaan Negeri Melakayang diamanahkan bersama ibu pejabat induk Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bagi melaksanakan aktiviti aktiviti pembangunan, penyelenggaraan, pemantauan dan menghidupkan seni kerja kerja berhubung dengan Pengairan dan Saliran di dalam Negeri Melaka. Adalah menjadi matlamat kami ( JPSM ) memberikan maklumat asas yang perlu agar dapat anda memahami peranan kami didalam pembangunan Negeri Melaka khasnya dan Malaysia umumnya serta dunia keseluruhannya. Teknologi maklumat sedang membawa budaya baru di dalam persekitaran dimana kita bekerja dan cara berkomunikasi diantara semua kakitangan di peringkat pejabat samada di Daerah Negeri mahupun diperingkat Ibupejabat. Dengan adanya INTERNET serta pelbagai bentuk kemudahan Intranet serta Ekstranet kita semua kini disambungkan secara global diruang siber yang tiada bersempadan. Di halaman web kami ini terdapat petunjuk petunjuk bagi membolehkan anda menjelajah seterusnya dan meninjau profil, fungsi dan aktiviti aktiviti jabatan kami, anda juga boleh meninjau pencapaian jabatan kami.

Akhir kata, kami di JPSS akan sentiasa menuju kearah perkembangan yang dinamik dengan harapan serta kebolehan teknologi akan membantu kearah penyelesaian masalah yang diharungi bagi mencapai matlamat Melaka Negeri Maju Fasa II.


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "