Objektif
- Menyelesaikan masalah hakisan melalui kerja-kerja perlindungan persisiran pantai.
- Memulihkan muara sungai bagi tujuan menyediakan laluan navigasi perikanan yang lebih baik.
- Menyediakan Pelan Pengurusan Garis Pantai Bersepadu untuk seluruh negara menjelang tahun 2020 bagi menjamin pembangunan yang mampan.
Fungsi
- Melaksanakan rancangan hakisan persisiran pantai untuk perlindungan semua kawasan persisiran pantai dalam kategori hakisan kritikal.
- Melaksanakan kerja-kerja pembaikan kuala sungai yang dikategorikan di bawah keadaan kritikal untuk memudahkan navigasi.
- Menyediakan perkhidmatan teknikal ke arah pelaksanaan pengurusan zon persisiran pantai.