Objektif

Memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan dan jelas, sumber rujukan maklumat yang lengkap, tepat dan cekap, program pembangunan pemantauan dan penilaian mencapai sasaran dan imej jabatan yang tinggi.

 

Fungsi

Menyediakan khidmat perancangan dan pelaksanaan dasar jabatan dan kerajaan, memantau prestasi rancangan pembangunan, menyelaras maklumat yang berkaitan dengan kerja servis, menyelaras aduan pelanggan dan meningkatkan imej jabatan dan peningkatan kualiti dan prestasi audit bekalan bagi memastikan perkhidmatan JPS memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.