Objektif

Memberi perkhidmatan cemerlang dalam pembangunan dan pengurusan sumber air dan hidrologi sebagai sumbangan kepada kemajuan sektor pertanian,peningkatan kualiti hidup penduduk, pemuliharaan alam sekitar.

Fungsi

  • Untuk mengumpul dan memproses data hidrologi bagi pembangunan dan pengurusan sumber air untuk sekarang dan masa depan.
  • Untuk mengakses data hidrologi bagi sumber air untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah mencukupi bagi melaksanakan rancangan pembangunan dan pengurusan.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan hidrologi (banjir dan kemarau) di lembangan sungai utama di Malaysia.