Adalah menjadi dasar Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Melaka untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerja, pelanggan dan alam sekitar.

Kami bertanggungjawab dan komited terhadap:-

  1. Penyediaan dan penyenggaraan tempat, kemudahan-kemudahan, peralatan dan sistem kerja yang menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja.
  2. Memastikan semua pekerja diberi arahan, maklumat, latihan dan tatacara kerja.
  3. Menyediakan kemudahan dan peralatan keselamatan bagi semua pekerja.
  4. Kesedaran dan kesefahaman kepada akta-akta dan prosedur-prosedur keselamatan.
  5. Kesedaran dan sensitif kepada perilaku dan suasana yang boleh mengakibatkan kemalangandan kecederaan.
  6. Mewujudkan budaya kerja selamat tanpa leka.
  7. Menyiasat dan melaporkan semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkah pencegahan untuk ke arah kemalangan sifar.
  8. Usaha penambahbaikan secara berterusan.
  9. Mengkaji semula dasar ini apabila perlu

Jabatan mahukan faktor keselamatan dan kesihatan diutamakan bagi setiap aktiviti dan mengamalkan cara kerja selamat. Kesihatan juga merupakan faktor penting ke arah memastikan matlamat fungsi jabatan tercapai.