Adalah menjadi dasar Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Melaka untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerja, pelanggan dan alam sekitar.

Kami bertanggungjawab dan komited terhadap:-

  1. Penyediaan dan penyenggaraan tempat, kemudahan-kemudahan, peralatan dan sistem kerja yang menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja.
  2. Memastikan semua pekerja diberi arahan, maklumat, latihan dan tatacara kerja.
  3. Menyediakan kemudahan dan peralatan keselamatan bagi semua pekerja.
  4. Kesedaran dan kesefahaman kepada akta-akta dan prosedur-prosedur keselamatan.
  5. Kesedaran dan sensitif kepada perilaku dan suasana yang boleh mengakibatkan kemalangandan kecederaan.
  6. Mewujudkan budaya kerja selamat tanpa leka.
  7. Menyiasat dan melaporkan semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkah pencegahan untuk ke arah kemalangan sifar.
  8. Usaha penambahbaikan secara berterusan.
  9. Mengkaji semula dasar ini apabila perlu

Jabatan mahukan faktor keselamatan dan kesihatan diutamakan bagi setiap aktiviti dan mengamalkan cara kerja selamat. Kesihatan juga merupakan faktor penting ke arah memastikan matlamat fungsi jabatan tercapai.

Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Pengairan dan Saliran (Sehingga Akhir Oktober 2019).

Bil Piagam Pelanggan JPS Menepati Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan Tidak Menepati Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan Jumlah Perkhidmatan (Bulanan)
Jumlah Menepati Standard % Menepati Standard Jumlah Tidak Menepati Standard %
Tidak Menepati Standard
1.

Memberi maklumbalas awal terhadap sebarang aduan dan pertanyaan awam menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) berkenaan dengan masalah sumber air seperti banjir, sungai, pantai dan saliran dalam masa dua (2) hari bekerja dan maklumbalas kaedah penyelesaian dalam masa lima belas (15) hari bekerja.

202 100 0 0 202
2.

Memberi ramalan dan hebahan amaran banjir monsun dalam masa 6 jam ke hadapan melalui laman sesawang PublicInfobanjir bagi sungai-sungai yang mempunyai model ramalan banjir.

2 50 2 50 4
3.

Memberi ulasan teknikal terhadap permohonan lengkap EIA, pembangunan dan pemajuan tanah, penebus gunaan tanah untuk sektor perumahan, perindustrian, komersial dan pertanian dalam tempoh satu (1) bulan.

 

a) BPB

0 100 0 0 0
 

b) BPLS

12 52 11 48 23
 

c) BPZP

10 90 1 10 11
 

d) BPSAH

48 100 0 0 46
 

e) BSMA

0 100 0 100 0
4.

Membekal maklumat – maklumat kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja

  Data Hidrologi 225 100 0 0 225
  Peta Hazard/ Peta Banjir 7 100 0 0 7
  Data Lembangan Sungai 5 100 0 0 5
  Data GIS 60 100 0 0 60
  Data Zon Pantai 4 67 2 33 6
5.

Memastikan ketersediaan capaian portal Jabatan adalah 95%

99.20 100 0 0 99.20

 

Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan perlaksanaan program-program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai, saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhidmatan kami berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambilkira kelastrian alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan:-

  1. Memberi respon terhadap sebarang aduan awam dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan memberi maklumbalas penyelesaian dalam masa lima belas (15) hari bekerja.
  2. Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap ( melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian kontrak).
  3. Membekal maklumat aras banjir dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh di pohon.
  4. Memberi khidmat nasihat / ulasan teknikal / maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi empat (4) minggu.