|
PROGRAM SATU NEGERI SATU SUNGAI
JABATAN PENGAIRAN DAN
SALIRAN MALAYSIA
1.
TUJUAN KERTAS
Sungai sebagai nadi sumber air
semulajadi negara boleh menimbulkan bencana dan malapetaka
akibat daripada kecuaian manusia dan kejadian semulajadi jika
tidak diuruskan dengan sempurna. Oleh itu Program Satu Negeri
Satu Sungai diujudkan bagi memastikan sungai adalah satu
aset yang bernilai serta mencapai objektif seperti yang
digariskan di bawah iaitu;
I.
Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan bernilai dengan
mencapai kualiti air kelas II menjelang 2015.
II.
Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai
kawasan rekreasi yang semulajadi.
III.
Untuk memastikan sungai bebas dari banjir dan sampah
sarap.
Kertas ini bertujuan untuk
memaklumkan mengenai konsep dan pelaksanaan program ke arah
memastikan eko-sistem serta persekitaran sungai dipertahan dan
dipelihara.
2.
LATARBELAKANG
2.1
Isu & Masalah
Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi telah mengubah
gunatanah untuk menampong keperluan kegiatan ekonomi,
kemudahan-kemudahan sosial dan lain-lain infrastruktur yang
berkaitan. Penukaran gunatanah ini telah mendedahkan sungai
kepada pelbagai tekanan yang kadangkala tidak dapat ditanggung
oleh sungai.
Maka berlakulah situasi di mana pelbagai masalah bersabit
dengan sungai berlaku seperti banjir, pencemaran/kemerosotan
kualiti air, kekurangan sumber air, hakisan tebing/dasar sungai,
persoalan institusi (persempadanan kawasan pentadbiran) masalah
setinggan, dan undang-undang untuk mengurus sungai.
Punca-punca
kepada masalah yang dikenalpasti ialah;
a.
pembangunan tanah yang kurang mengambilkira pemeliharaan
alam sekitar seperti pembalakan, pertanian, perumahan, industri,
perniagaan dan lain-lain,
b.
sampah sarap,
sisa buangan domestik daripada kawasan perumahan, perkampongan,
setinggan dan lain-lain penempatan,
c.
sisa buangan
racun/kimia dari kawasan pertanian dan industri serta kumbahan
yang tidak dirawat dengan sempurna,
d.
sisa sembelihan
dan najis binatang,
e.
buangan minyak
daripada bengkel-bengkel kenderaaan,
f.
buangan daripada
pasar basah/restoran/gerai,
g.
pencerobohan rizab sungai dengan perbagai aktiviti
h.
perlombongan (pasir, galian, dan lain-lain).
3.
KONSEP PROGRAM
Konsep Satu Negeri Satu Sungai
adalah bertujuan untuk menukar keadaan sungai yang kotor kepada
satu keadaan sungai yang bersih seperti Rajah 1 di bawah;
Rajah 1: Konsep Satu Negeri
Satu Sungai.
Sekarang
Masa Hadapan
Sungai yang
kotor Sungai yang bersih
Sungai yang mati
Sungai yang hidup
Sungai yang sepi
Sungai yang semulajadi
dan
meyokong pelbagai kehidupan
4.
PELAKSANAAN PROGRAM
4.1
Strategi Pelaksanaan
Untuk memastikan program ini
berjalan dengan lancar serta mencapai obektif seperti mana yang
digariskan, maka beberapa penentuan ke atas perkara-perkara
seperti apakah yang hendak ditukar dan bagaimanakah nak
menukarnya perlu dihuraikan secara lebih terperinci bagi
mengatasi sebarang halangan yang bakal ditempuhi.
Tambahan daripada itu juga,
strategi pelaksanaan yang digariskan perlu mengambilkira
langkah-langkah pengawalan berpandukan kepada pengurusan
lembangan sungai secara bersepadu (IRBM), yang mana merupakan
satu kaedah pengurusan yang terbaik, yang menggunakan kaedah
Pencegahan Sungai (Preventive Measures), Pemulihan Sungai
(Curative Measures) dan Pengurusan (Management).
5
KRITERIA PEMILIHAN
Program Satu
Negeri Satu Sungai
telah mensyaratkan
setiap negeri untuk memilih satu sungai di setiap negeri untuk
dipulihkan. Pemilihan ke atas sungai-sungai berkenaan di buat
berdasarkan kepada beberapa faktur selepas mengambil kira
keupayaan kakitangan yang terhad di setiap negeri dan juga tahap
kepakaran kakitangan tersebut.
Namun kriteria utama
pemilihan ialah perlu memilih sungai antara yang tercemar di
dalam negeri tersebut serta pemilihan tersebut mendapat
persetujuan daripada kerajaan negeri . Senarai sungai yang
dipilih adalah seperti Jadual 7 di bawah;
Jadual 7:
Senarai-Senarai Sungai.
|
BIL. |
NEGERI |
NAMA
SUNGAI |
PANJANG
SUNGAI
(km) |
LUAS
LEMBANGAN (km2)
|
|
1. |
Perlis |
Perlis |
9.5 |
505 |
|
2. |
Kedah |
Sungai Petani |
12 |
37.5 |
|
3. |
P. Pinang |
Pinang |
3.1 |
37.5 |
|
4. |
Perak |
Kinta |
20 |
555 |
|
5. |
Selangor |
Penchala |
12 |
14 |
|
6. |
W.
Persekutuan |
Penchala |
12 |
14 |
|
7. |
N. Sembilan |
Temiang
Diversion |
9 |
34 |
|
8. |
Melaka |
Melaka |
39 |
608 |
|
9. |
Johor |
Skudai |
52.8 |
325 |
|
10. |
Pahang |
Galing |
7 |
22.65 |
|
11. |
Terengganu |
Hiliran |
5.5 |
6.4 |
|
12. |
Kelantan |
Lubok Mulong |
10 |
25 |
|
13. |
Sarawak |
Bintagor |
- |
- |
|
14. |
Sabah |
Papar |
60 |
770 |
6.
KESIMPULAN
Sungai
sebagai salah satu aset negara yang bernilai (bukan satu bebanan
‘liability’) dan perlu dipelihara. Sekiranya sungai diurus
dengan baik, ianya akan memberi pulangan dan menjana ekonomi
negara. Oleh itu program pemulihan dan pengurusan sungai perlu
dijalankan secara berterusan bagi memastikan kesempurnaan ke
atas regim sungai dan persekitarannya.
Pengurusan sungai
secara bersepadu yang melibatkan semua lapisan masyarakat dan
‘stakeholders’ adalah satu fokus utama kearah pencapaian
matlamat tersebut.
Hubung-kait antara
kuantiti, kualiti dan persekitaran terutamanya alam sekitar
perlu dititikberatkan dan diseimbangkan di dalam proses
pengurusan dan pembangunan sesuatu lembangan sungai. |