|
Mesej Ketua Menteri


Kemajuan negeri Melaka masakini akan dilaksanakan
dengan lebih teratur bagi menjamin kejayaan dalam
melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) pada
tahun 2008. Antara langkah yang telah diambil oleh
Kerajaan Negeri Melaka adalah dengan menubuhkan Badan
Bertindak Pelaksanaan Negeri (DASAR) bagi membantu
melancarkan perlaksanaan projek-projek pembangunan di
negeri ini.
Penubuhan DASAR adalah bertujuan memantau projek-projek
pembangunan bagi memastikan ianya berjalan lancar,
sekaligus merealisasikan hasrat kerajaan untuk melihat
kejayaan dalam setiap projek yang dilaksanakan.
Pengwujudan DASAR juga selaras dengan hasrat kerajaan
negeri untuk menjadikan Melaka Maju menjelang 2010.
“Usaha lebih gigih dan berterusan perlu dilakukan oleh
semua pihak dari masa kesemasa bagi memastikan
projek-projek pembangunan di negeri ini berjaya
dilaksanakan,’’
Kerajaan negeri juga, telah
menggunakan 52 indikator bagi mengukur kualiti hidup
rakyat negeri ini dalam menentukan kemajuan negeri ini
yang sehingga kini telahpun mencapai 74.5 peratus
daripada sasaran yang ditetapkan.
Melaka memperuntukkan jumlah yang besar iaitu sebanyak
RM3.68 billion daripada RM3.97 billion yang diterima
dalam RMK9 untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan
di negeri ini.
Selain projek-projek pembangunan, kerajaan negeri turut
memberi perhatian serius dalam pembangunan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi tujuan menjadikan
masyarakat Melaka sebuah masyarakat yang berilmu.
Pembangunan dalam sektor ICT di Melaka semakin
berkembang pada kadar yang amat pesat sekali hasil
sumbangan dan usaha berterusan oleh kerajaan negeri bagi
membangun dan memajukan bidang ICT ini di Melaka.
Penubuhan Jabatan E-Ekonomi di Jabatan Ketua Menteri
jelas membuktikan komitmen kerajaan negeri ke arah
memajukan bidang ICT, terutamanya dalam menjadikan
masyarakat Melaka sebuah masyarakat yang celik IT.
Justeru, pelancaran MSC Malaysia
Cybercentre @ MITC Melaka oleh Perdana Menteri sekaligus
memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri mewujudkan
masyarakat Melaka yang celik IT.
Kesungguhan kerajaan negeri dalam bidang ini dapat
dilihat dari kejayaan program e-Melaka yang bertujuan
memberi pendedahan serta latihan komputer kepada suri
rumah dan warga pencen di negeri ini.
Ini kerana sebagai satu bidang yang berteknologi tinggi
serta berasaskan pengetahuan, kemajuan dalam bidang ICT
akan mampu memacu Melaka kearah status negeri maju
selain meningkatkan taraf kehidupan rakyat Melaka amnya.
Maka oleh yang demikian, kesudian lapan buah syarikat
ICT bertaraf antarabangsa telah bekerjasama dengan
kerajaan negeri bagi memajukan bidang tersebut, dimana
kelapan-lapan buah syarikat tersebut telah membuka
pejabat mereka di Cybercentre untuk memberikan
perkhidmatan berkaitan ICT, kepada para pengguna,
khususnya rakyat negeri ini.
Lebih daripada itu, bagi mengembangkan lagi bidang ICT
dan memantapkan pentadbiran kerajaan negeri, Melaka
telah membangunkan projek Hang Tuah Jaya sebagai bandar
pentadbiran pintar bertaraf dunia.
Pelancaran projek merupakan mercu
tanda baru Melaka Bersejarah ini turut disempurnakan
oleh Perdana Menteri.
Pembangunan Hang Tuah Jaya, sedikit sebanyak berasaskan
pembangunan yang dilakukan ke atas Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
Dengan penyediaan pelbagai kemudahan yang tertaraf
antarabangsa, ianya juga disasarkan sebagai sebuah
bandar yang ideal untuk dijadikan sebagai tempat tinggal,
bekerja, belajar dan berinteraksi.
Kerajaan negeri menubuhkan Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ)
bagi mentadbir dan mengurus kawasan terbabit seluas
35,733.04 ekar termasuk 39.87 peratus, atau 14,247.76
ekar, terletak di dalam sebahagian daerah Melaka Tengah.
Daerah Jasin pula merupakan kawasan yang kedua terbesar
iaitu seluas 12,859.79 ekar atau 35.99 peratus dari
keluasan kawasan Hang Tuah Jaya. Sebahagian lagi
membabitkan daerah Alor Gajah.
Anggaran penduduk tahun 2006 dalam kawasan PHTJ adalah
seramai 114,732 orang iaitu daerah Melaka Tengah seramai
98,742 orang, daerah Alor Gajah seramai 7,584 orang dan
daerah Jasin seramai 8,406 orang.
Gunatanah pertanian masih merupakan gunatanah dominan di
kawasan Hang Tuah Jaya dengan peratusan sebanyak 53.76%
(19,208.51 ekar). Gunatanah utama yang lain adalah
meliputi gunatanah perumahan (23.18%), institusi
(6.05%), perindustrian (3.68%) dan perniagaan (2.22%).
Mengikut pelan konsep PHTJ, keseluruhan kawasannya akan
dibahagikan mengikut zon, yang meliputi zon pentadbiran
(yang berpusat di kawasan bangunan Seri Negeri di Ayer
Keroh), pelancongan, I-Village, tele-suburb, bandar
lapangan terbang, bandar perubatan, bandar perniagaan,
zon enterprise, hub pendidikan serta penyelidikan dan
pembangunan (R&D), bio-valley, taman memorial serta
lebuhraya dan jalanraya.
Tumpuan kerajaan negeri dalam bidang pertanian pula
membuktikan pimpinan kerajaan tidak pernah mengabaikan
nasib golongan petani malah pelbagai usaha dilakukan
untuk meningkatkan taraf hidup dan menambahkan
pendapatan mereka.
Ladang Mangga Melaka Delight di Kampung Gelam, di sini,
yang akan turut di lawati Perdana Menteri memperlihatkan
kesungguhan kerajaan dalam memberi galakan kepada
golongan petani mengusahakan tanah-tanah terbiar.
Kerajaan Negeri yang begitu prihatin dengan golongan
petani sentiasa mengingatkan mereka supaya menggunakan
setiap inci tanah yang ada dengan pelbagai projek yang
boleh memberikan pulangan lumayan.
Setakat ini terdapat 102 pengusaha yang digabungkan di
bawah Petaniaga Sdn Bhd dan mereka mempunyai pegangan
saham mengikut kemampuan masing-masing.
Begitu juga dengan negeri Melaka, yang semakin hari
semakin menempah nama di persada antarabangsa selaras
dengan usaha kerajaan negeri mempromosikan Melaka ke
seluruh pelusuk dunia.
Sekian, terima kasih.
YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN
MOHD RUSTAM
KETUA MENTERI MELAKA |