|
PANCADARMA JPS

Lima jalur gelombang
yang mengalun membawa pengertian pancadarma Jabatan Pengairan
dan Saliran iaitu pengairan, saliran, kejuruteraan sungai,
kejuruteraan pantai dan pengurusan sumber air.
Bentuk gelombang
menggambarkan Jabatan yang dinamik, sentiasa bersedia dan
bersemangat, sehaluan arus menuju kemajuan, mara tanpa mengenal
kecewa, tidak rela menyerah demi menjayakan perkhidmatan
sempurna.
Alunan hamparan
kebiru-biruan yang akhirnya bercantum sebati menjadi lelangit
serba hijau menggambarkan kemajuan pertanian dan keindahan alam
sekitar, hasil penyatuan kejuruteraan dan alam semesta sehingga
terolah persekitaran yang harmonis selaras dengan falsafah
"Air
dan Persekitaraan, Warisanku" |