Piagam Pelanggan

 PIAGAM PELANGGAN

  

Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan perlaksanaan program-program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai, saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhidmatan kami berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambilkira kelastrian alam sekitar, ekonomi dan sosial.

 

Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan:-

 

  1. Memberi respon terhadap sebarang aduan awam dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan memberi maklumbalas penyelesaian dalam masa lima belas (15) hari bekerja.

 

  1. Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap ( melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian kontrak).

 

  1. Membekal maklumat aras banjir dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh di pohon.

 

  1. Memberi khidmat nasihat / ulasan teknikal / maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi empat (4) minggu.

Please publish modules in offcanvas position.