Unit Pengurusan Lembangan Sungai

Print

Visi

 Menjadikan sungai-sungai di Malaysia bersih, hidup dan berdaya huni.

     

Misi

Menerajui dan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dalam pengurusan lembangan sungai bersepadu bagi meningkatkan kualiti hidup dan kelestarian alam sekitar.

 

Objektif

Menyumbang ke arah usaha kerajaan mempertingkatkan kualiti hidup rakyat melalui Program Pengurusan dan Pemuliharaan Lembangan Sungai secara efisyen, menyeluruh dan bersepadu.

Aktiviti Utama

  1. Penentuan dasar, strategi dan garis-garis panduan dalam pengurusan sungai
  2. Bekerjasama dengan setiap negeri dalam aktiviti pemulihan sungai dan projek penambahbaikan sungai
  3. Memberi perkhidmatan teknikal untuk setiap negeri dan lain-lain agensi
  4. Merancangan dan melaksanaan kajian sungai

 

Fungsi

Menyediakan khidmat kepakaran dalam pengurusan sungai secara bersepadu termasuk penggubalan dasar dan perundangan serta memastikan lembangan sungai diurus dengan sempurna untuk keperluan pemeliharaan kuantiti dan kualiti sumber air. ( Sungai yang Bersih, hidup & vibran)